Program Cuti Sekolah – Hari Pertama
28 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Ahad, 27 Ogos 2017 – Pada musim cuti sekolah ini, PI Linggi telah mengadakan Program Cuti Sekolah selama 4 hari dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Ianya bertujuan untuk mengajak pelajar untuk mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan meningkatkan kemahiran ICT mereka.
Bagi memastikan semua pelajar yang berminat dapat menyertai program ini, maka setiap kelas dibahagi kepada peringkat umur tertentu agar lebih mudah untuk mengajar mengikut keupayaan mereka masing-masing.
Bagi hari pertama program yang bermula pada 27 Ogos 2017, kelas adalah terbuka kepada pelajar yang berumur 11-13 tahun. Sesi pertama ialah Kuiz Matematik Online di laman web www.proprof.com , di mana kami menggalakkan peserta menggunakan pelbagai kemudahan web e-learning yang banyak terdapat di internet untuk belajar
Sesi yang kedua pula, mereka diajar menggunakan Ms PowerPoint untuk membuat ‘smiley’. Walaupun tugasan ini nampak mudah, tapi sebenarnya ia melatih peserta untuk mahir di dalam power points dan mencari rujukan di internet. Secara tidak lansung ianya dapat membantu mereka memahami cara-cara mencari rujukan untuk menyiapkan kerja sekolah.
Ternyata kesemua 10 orang pelajar yang hadir sangat seronok menyertai program ini, selain dapat menimba ilmu, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah berupa alat tulis yang diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga serta yang tidak menang turut menerima hadiah saguhati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: